ARTIKEL

JAWAB SOALAN…Matthew menjawab soalan daripada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan penyelewengan minyak diesel di sebuah premis di Bintawa, hari ini.

Isu Logistik Punca Bekalan Minyak Habis Beberapa Jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketiadaan bekalan diesel dan petrol di beberapa lokasi di Sarawak baru-baru ini hanya bersifat sementara dan berlaku selama beberapa jam akibat isu logistik penghantaran.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin menjelaskan, walaupun bekalan mungkin cepat habis di sesetengah stesen, proses penghantaran mengambil masa beberapa jam sebelum stok dipulihkan.

“Jadi, ini bukan situasi pembelian panik kerana semua barang kawalan masih dapat dikawal di seluruh Sarawak setakat ini,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan penyelewengan minyak diesel di sebuah premis di Bintawa, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Matthew berkata, bagi 2026 sahaja, sebanyak 42 kes berkaitan diesel dan petrol direkodkan di Sarawak dengan jumlah rampasan bernilai RM225,000.

Daripada jumlah itu katanya, diesel bernilai RM221,000 manakala petrol berjumlah 4,250 liter.

“Sepanjang tempoh 1 Januari 2024 hingga 1 April 2026, KPDN Sarawak merekodkan 308 kes berkaitan barang kawalan dengan jumlah rampasan keseluruhan sebanyak RM16.1 juta.

“Daripada jumlah tersebut, RM794,850 dikenakan sebagai kompaun dan RM272,000 melalui denda,” jelas beliau lagi.

Matthew menegaskan masyarakat memainkan peranan penting sebagai mata dan telinga pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang awam menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan atau subsidi melalui saluran rasmi KPDN.

Baru-baru ini, beberapa stesen minyak di Sarawak dilaporkan terpaksa ditutup sementara berdasarkan maklumat yang tular di laman Facebook.

Difahamkan, penutupan ini berlaku selama beberapa jam sahaja, namun ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna yang bergantung kepada bekalan petrol dan diesel untuk keperluan harian mereka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,