ARTIKEL

Isuzu D-Max 2.2 mulakan cabaran kembara keliling negara dengan satu tangki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALAKONG: Trak pikap Isuzu D-Max yang terkenal dengan kecekapan penggunaan bahan api memulakan cabaran baharu untuk melengkapkan perjalanan mengelilingi seluruh Semenanjung Malaysia dengan hanya satu tangki diesel.

D-Max One-Tank, One Nation Challenge menyaksikan trak pikap turbo diesel Isuzu D-Max 2.2 liter terbaharu memulakan perjalanan mengelilingi negara hari ini dari Pusat 3S Isuzu di Balakong, Selangor sebelum cuba kembali ke Kuala Lumpur enam hari kemudian dengan menggunakan hanya satu tangki diesel.

Perjalanan itu turut melibatkan kunjungan ke lokasi pengedar Isuzu di Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan, Kedah dan Perak.

“Kami percaya bahawa Isuzu D-Max baharu dengan enjin 2.2 liter ini mempunyai kualiti dan kemampuan untuk mengharungi cabaran yang mencabar begini.

Dengan hantaran kuasa yang menakjubkan melibatkan 56% daripada tork maksimum kenderaan sudah tersedia dari serendah 1,000 rpm, ia digandingkan pula dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan baharu yang membolehkan trak ini memecut dengan cekap dan bertenaga, serta bergerak dengan sangat selesa di lebuh raya,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo.

Perjalanan itu akan didokumentasikan dan dikemas kini oleh duta jenama Isuzu, Baki Zainal yang akan berada di lokasi pengedar utama sepanjang perjalanan berkenaan.

Peminat Isuzu D-Max juga boleh berinteraksi dengan Baki dan kru yang terlibat serta memenangi hadiah istimewa dan menikmati jamuan ringan di setiap lokasi yang dikunjungi D-Max berkenaan.

Peminat di seluruh negara juga boleh menyertai perjalanan itu dengan meneka jarak yang mampu dicapai D-Max apabila kembali ke Kuala Lumpur pada Sabtu.

Hadiah utama berupa baucar beli-belah barangan runcit bernilai RM5,000 menanti peserta yang meneka jarak paling hampir dengan bacaan terakhir yang dicapai, selain pelbagai hadiah sampingan untuk dimenangi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,