Penjimatan sehingga RM23,000 [N1] dan sokongan tukar beli sehingga RM11,000 ditawarkan sepanjang tiga hari.
KUCHING: Peminat kenderaan lasak di Sarawak berpeluang menyaksikan pameran eksklusif barisan kenderaan Ford yang paling diminati. Jelajah Ready Set Ford singgah di Vivacity Megamall, di sini, bermula dari 16 hingga 18 Oktober ini.
Gaya hidup luar yang aktif serta bentuk muka bumi Sarawak yang unik dan mencabar, menjadikan Kuching lokasi yang tepat bagi Jualan Ranger, Jelajah Ready Set Ford. Permintaan terhadap kenderaan gaya hidup yang berkeupayaan tinggi juga semakin meningkat di negeri ini.
Pengunjung boleh melihat, membandingkan dan pandu uji sendiri beberapa model Ford di Lokasi pada 16 sehingga 18 Oktober. Terdapat empat model utama yang akan dipamerkan, antaranya ialah Ranger Raptor 3.0L V6 dengan rim Beadlock, Ranger WildTrak 3.0L V6, Everest Titanium, dan Ranger XLT

Sepanjang Jelajah Ready Set Ford, pengunjung berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM23,000 [N2] dan sokongan tukar beli sehingga RM11,000. Terdapat pelagai tawaran eksklusif dan pakej pemilikan menarik turut disediakan di Jelajah Ready Set Ford.
Pelbagai acara disediakan antaranya ialah pandu uji kereta dan pengunjung boleh berbincang dengan pakar perundingan jualan Ford. Selain itu, pengunjung turut berpeluang mendapatkan khidmat nasihat mengenai kesesuaian kereta dengan gaya hidup mereka.

Sebagai jenama pikap premium nombor satu di Malaysia, Ford mempunyai keupayaan yang terbukti memenuhi gaya hidup masyarakat Sarawak. Barisan modelnya sesuai untuk kerja harian, keluarga dan pengembaraan.
Jelajah Ready Set Ford ini terbuka kepada orang ramai, termasuk peminat aktiviti lasak serta mereka yang mempunyai keluarga yang membesar dan memerlukan kenderaan serba boleh.



