ARTIKEL

KENANGAN…Salleh Mohidin bersama-sama pihak pengurusan ITOK FEST merakam gambar pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media ITOK FEST 2026 di sini, semalam. FOTO: HAZIQ ANWAR

Itok Fest 2026 Sasar Tarik 5,000 Pengunjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ITOK FEST 2026 bakal menggegarkan pentas hiburan Sarawak Oktober ini dengan sasaran menarik 5,000 pengunjung menerusi gabungan muzik, budaya serta usaha tanggungjawab sosial yang menyatukan semangat serumpun Malaysia-Indonesia.

Festival yang berlangsung di pekarangan Stadium Negeri Sarawak pada 3 Oktober depan itu bakal menampilkan kumpulan popular Indonesia, Silet Open Up sebagai artis utama selain dijangka menerima kunjungan peminat dari seluruh Malaysia serta negara jiran.

Pengarah Festival ITOK FEST merangkap Pengarah Urusan VM Global Events, Salleh Mohidin berkata, penganjuran festival berkenaan bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi platform memperkukuh hubungan budaya di antara Malaysia dengan Indonesia.

Salleh Mohidin ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media ITOK FEST 2026 di sini, semalam.

Menurutnya, ITOK FEST turut membawa misi kemasyarakatan apabila RM2 daripada setiap tiket yang dibeli sehingga hari penganjuran akan disalurkan kepada Persatuan Orang Buta Sarawak (SSB).

“Kami juga menyediakan satu reruai khas untuk SSB bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti jualan serta menawarkan perkhidmatan urut sepanjang festival berlangsung,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Sidang Media ITOK FEST 2026 di sini, semalam.

Tambah beliau, SSB dipilih sebagai rakan strategik festival kerana ahlinya aktif dalam bidang muzik dan keusahawanan, sekali gus selari dengan aspirasi ITOK FEST untuk memperkasakan masyarakat secara inklusif.

“Selain meraikan kepelbagaian budaya dan muzik, festival berkenaan turut membawa mesej pemuliharaan hidupan liar menerusi pengenalan maskot Tarby yang diinspirasikan daripada spesies tarsier.

“Pemilihan maskot ini mencerminkan hasrat kami untuk menyokong usaha pemuliharaan hidupan liar. Insya-Allah, sekiranya festival ini berjaya, kami juga akan menyalurkan sumbangan kepada usaha berkenaan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sambutan jualan tiket awal amat menggalakkan apabila tiket kategori promosi yang mula dijual sejak minggu lalu kini hampir habis.

“Tiket promosi ditawarkan pada harga RM58 bagi kategori Silver dan RM108 bagi kategori Gold,” katanya.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU