ARTIKEL

Semakan kehakiman oleh sebelas individu berhubung pemberian lesen pembalakan di kawasan Ulu Baram, Miri, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di Miri hari ini.

Jabatan Hutan Sarawak menang kes semakan kehakiman dalam isu pembalakan di Ulu Baram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Tinggi di Miri hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh sebelas individu berhubung pemberian lesen pembalakan di kawasan Ulu Baram, Miri.

Hakim Dean Wayne Daly memutuskan permohonan itu yang difailkan terhadap Pengarah Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Kerajaan Sarawak, gagal ekoran pemohon tidak membuktikan mempunyai kepentingan serta terjejas secara nyata akibat pemberian lesen berkenaan, selain tidak mempunyai locus standi dalam kes ini.

Malah, Mahkamah mendapati bahawa pemohon gagal membuktikan dakwaan bahawa pengeluaran lesen pembalakan kepada syarikat Borneoland Timber Resources Sdn. Bhd. di kawasan tersebut adalah tidak sah, tidak mengikut prosedur dan tidak munasabah.

Mengulas keputusan itu, Hamden berkata, keputusan Mahkamah itu mengesahkan bahawa keputusan beliau dalam mengeluarkan lesen, dengan kelulusan oleh Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dalam Ordinan Hutan 2015, bersifat rasional dan mematuhi prosedur.

“Keputusan mahkamah yang memihak kepada Jabatan Hutan Sarawak membuktikan bahawa tindakan kami adalah sah dan berlandaskan undang-undang.

“Penduduk tempatan, terutama masyarakat Penan, kini semakin sedar bahawa pengaruh pihak luar dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah membantutkan pembangunan di kawasan Baram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hamden menjelaskan bahawa komuniti dari kawasan Ulu Baram termasuk Ba Data Bila turut hadir di pekarangan Mahkamah Tinggi Miri bagi menyatakan sokongan terhadap pembangunan di kawasan pedalaman berkenaan.

“Mereka dilihat memegang sepanduk menyatakan kerjasama antara masyarakat Penan pedalaman dan syarikat pembalakan telah mempercepatkan pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduk, selain memaparkan gambar perkembangan dan projek pembangunan yang sedang giat dilaksanakan di Ulu Baram,” tambahnya.

Semakan kehakiman yang difailkan pada Januari 2025ini telah disokong oleh individu dan organisasi lain termasuk ‘SAVE Rivers’ dan ‘KERUAN’ yang juga merupakan deponen dalam kes ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU