Jalan baharu hubungkan penduduk ke dunia luar

KANOWIT: Adun Machan Allan Siden Gramong melakukan lawatan ke tapak salah satu projek dalam senarai Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) di sini, semalam.

Projek tersebut, katanya, adalah infastruktur jalan di Bukit Goram/Katibas/Ngemah/Machan cadangan jalan baharu ke Nanga Geremai, Kanowit. “Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) dilantik sebagai agensi pelaksana projek. “Status projek terkini dalam proses dan dijangka siap pada 19 Febuari 2021,” katanya yang dihubungi kelmarin.

Allan turut melahirkan rasa gembiranya tentang perkembangan projek tersebut dan yakin ia akan menghubungkan lebih ramai penduduk berkenaan dengan dunia luar yang sebelumnya masih menggunakan pengangkutan sungai.

“Kita berharap projek ini lancar tanpa sebarang masalah. “Rakyat telah lama menunggu projek ini,” ujarnya lagi. Sementara ini beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari atas peruntukan untuk jalan tersebut di bawah URDA.

“Ini menunjukkan Abang Johari amat komited terhadap keperluan penduduk luar bandar dengan mendekatkan jurang kehidupan mereka,” kata Allan.