Jalan berlubang di Bintulu sebenarnya dibaik pulih

KUCHING: Keadaan sebuah jalan raya yang berlubang teruk di Bintulu bukan disebabkan ia dibiarkan atau tidak diambil perhatian oleh kerajaan.
Sebaliknya, jelas Timbalan Pengarah (Infrastruktur) Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Chiew Chee Yau, keadaan jalan raya itu sedemikian disebabkan ia sedang dibaik pulih.
“Saya dimaklumkan kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja membaik pulih,” katanya yang dihubungi, hari ini.
Menurut beliau, kontraktor juga merancang untuk melaksanakan kerja penurapan esok.
Chee Yau menambah projek jalan berkenaan juga merupakan sebahagian daripada Lebuh Raya Pan Borneo, yang terletak di persimpangan Jalan Nyabau – Pan Borneo.
Justeru, katanya gambar keadaan jalan berkenaan yang berlubang teruk dan ditularkan di media sosial baru-baru ini adalah diambil sudah agak lama.
Katanya pada masa ini, keadaan jalan berkenaan tidak lagi berlubang dan dalam keadaan baik walaupun belum diturap.

Suara Sarawak