ARTIKEL

BERUCAP... Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Jalan Bertingkat Dari Sebuyau Ke Gedong Atasi Masalah Tanah Gambut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan membina jalan bertingkat bagi menggantikan penggunaan geotekstil dalam pembinaan infrastruktur jalan di kawasan Samarahan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan geotekstil dilihat tidak begitu berkesan di atas tanah gambut dan menyebabkan permukaan jalan beralun.

Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib menyampaikan cenderamata kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Justeru saya mengarahkan JKR supaya menggunakan teknologi baharu dalam pembinaan jalan di kawasan tanah gambut iaitu pembinaan jalan bertingkat.

“Walaupun kos awalnya tinggi namun kos penyelenggaraan rendah untuk jangka panjang,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Clinker Line 2 di Loji Bersepadu Mambong, Padawan hari ini.

Tambahnya kaedah jalan bertingkat akan digunakan untuk membina jalan di kawasan Samarahan dari Sebuyau hingga ke Gedong memandangkan jalan di kawasan tersebut adalah tanah gambut.

“Selain itu kita akan melaksanakannya di tempat lain termasuk Limbang, Lawas serta sebahagian kawasan Baram,” ujarnya.

Menurutnya pembinaan jalan bertingkat tidak akan mengganggu struktur tanah asal khususnya tanah paya bakau dan tanah gambut.

“Maka kita boleh memanfaatkan perdagangan karbon kerana tanah-tanah ini berfungsi sebagai penyimpan karbon.

“Walaupun kita tidak memperoleh pendapatan di sini (projek infrastruktur) tetapi kita memperoleh pendapatan di tempat lain (perdagangan karbon).

“Keadaannya seimbang. Sekurang-kurangnya kita tidak rugi malah memperoleh manfaat di sektor lain,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU