ARTIKEL

Kim Shin ketika ditemui semasa lawatan tapak bersama JKR Miri dan Sarawak Water Supply. GAMBAR: TVS

Jalan Riam Lama ditutup sementara, pembetung konkrit kekal dibina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri sedang menyediakan reka bentuk pembetung konkrit kekal di Jalan Riam Lama bagi menggantikan struktur lama yang terjejas akibat hakisan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Sri Lee Kim Shin berkata, pembetung baharu ini akan melibatkan persimpangan jalan serta sistem saliran di kawasan berkenaan dan reka bentuknya sedang menunggu kelulusan daripada ibu pejabat sebelum kerja pembinaan dimulakan.

“Masalah jalan mendap di Jalan Riam Lama dikenal pasti berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah yang menyebabkan hakisan serta pembentukan lubang besar di kawasan berkenaan.

“Kebocoran paip menyebabkan hakisan berlaku di bawah tanah sehingga terbentuk lubang besar.

“Jadi, sebahagian jalan ini terpaksa ditutup dan JKR sedang menyiapkan reka bentuk pembetung konkrit kekal,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Senadin berkata demikian selepas lawatan tapak bersama JKR Miri dan Sarawak Water Supply Sdn. Bhd. hari ini.

Menurutnya, kerja pembinaan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk disiapkan dengan penutupan jalan dilakukan sementara bagi tujuan keselamatan.

“Jalan ini tidak ditutup kekal, hanya sementara.

“Namun, sepanjang tempoh dua bulan pembinaan, jalan ini akan ditutup sepenuhnya dan lalu lintas dialihkan ke laluan alternatif,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pihak Sarawak Water telah menamatkan penggunaan paip lama yang bocor dan menyambung bekalan air melalui sistem baharu bagi mengelakkan gangguan kepada penduduk.

“LAKU Management Sdn. Bhd. (LAKU) telah memotong bahagian paip lama dan kini menyalurkan bekalan air menerusi paip baharu.

“Paip lama itu ditinggalkan sepenuhnya dan JKR juga sudah memasang papan tanda keselamatan bagi memaklumkan penutupan sementara serta kerja pembaikan yang sedang dijalankan,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira