ARTIKEL

Lokasi penutupan jalan pada 19 dan 20 Jun sempena program Niti Daun.

Jalan utama sekitar Tebingan Kuching ditutup sempena Niti Daun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa jalan utama di sekitar Tebingan Kuching akan ditutup sementara sempena program Niti Daun bersempena Sambutan Gawai Peringkat Sarawak 2026 pada 19 dan 20 Jun ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata penutupan jalan dilaksanakan bagi melancarkan perjalanan program serta memastikan aliran trafik berjalan lancar sepanjang acara berlangsung.

Menurutnya, penutupan jalan pada 19 Jun melibatkan tempoh dari jam 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang semasa raptai program.

“Jalan yang terlibat ialah Lebuh Java, Jalan Market/Jalan Gambier, Jalan Old Court House, Jalan Tun Abang Haji Openg/Jalan Carpenter, Jalan Lebuh Wayang/Jalan Main Bazaar, Jalan Main Bazaar/Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Patung Kuching, Jalan Chan Chin Ann, lampu isyarat Jalan Abell (Lemon Tree), Jalan Abell Utara dan susur Bulatan Sri Aman/laluan masuk ke Jalan Abell,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, katanya, sempena program utama Niti Daun pada 20 Jun, penutupan jalan akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sehubungan itu, Alexson berkata orang ramai yang hadir diminta supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan dan dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

Laluan ke lokasi program dan kawasan tempat letak kenderaan VVIP.
Kawasan tempat letak kenderaan awam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU