ARTIKEL

Jalil mahu asah penyudah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARISAN pemain skuad Piala Presiden Sarawak diberi cuti mulai Selasa lalu hingga hari ini setelah menempuhi lima perlawanan dengan catatan satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan.

Menurut ketua jurulatih Jalil Ramli, para pemain dibenarkan balik kampung untuk menenangkan fikiran, lebih-lebih lagi selepas aksi tegang di Stadium Miri Isnin lalu. Sarawak kalah 2-1 di tangan Terenggany FC III.

“Saingan direhatkan dua minggu lebih… jadi pemain diberi rehat.

“Saya berharap mereka akan kembali dalam keadaan yang ceria dan tenang,” katanya.

Menurut Jalil, beliau akan fokus terhadap bahagian serangan yang dianggapnya perlu dipertajam.

FOKUS SERANGAN… Jalil akan members fokus terhadap sentuhan penyudah.

“Kita ada peluang dan mencipta beberapa peluang… tetapi gagal disudahi dengan jaringan.

“Jadi kami lebih menumpukan aspek penyudah. Saya tidak risau dengan posisi tengah dan pertahanan,” jelas Jalil.

Dalam lima perlawanan, Sarawak hanya menyumbat tiga gol dan bolos lima gol.

Sarawak akan menentang Kuala Lumpur dalam aksi keenam di gelanggang lawan pada 30 Mac nanti.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Sarawak (0) Lwn PKNP (2)
PDRM (0) Lwn Sarawak (1)
Sarawak (1) Lwn Akademi Mokhtar Dahari (1)
Sarawak (0) Lwn Kelantan (0)
Sarawak (1) Lwn Terengganu FC III (2)

* JADUAL PERLAWANAN

K. Lumpur Lwn Sarawak (30 Mac di KL)

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha