ARTIKEL

MENARIK... Pemandangan Jambatan Batang Lupar I dari arah feri Sebuyau-Triso. Gambar Ramidi Subari

Jambatan Batang Lupar I dibuka hujung Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar I kini mencapai tahap kemajuan 93.09 peratus dan dijangka siap sepenuhnya untuk dibuka kepada orang awam menjelang penghujung Mei tahun ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat ini keseluruhan proses pembinaan berjalan lancar mengikut jadual serta berharap momentum tersebut dapat dikekalkan sehingga siap sepenuhnya sebelum majlis perasmian pada Jun depan.

BERCAKAP… Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Gambar Ramidi Subari

“Kita amat gembira untuk mengumumkan bahawa proses pembinaannya mengikut jadual dengan merekodkan tahap penyiapan 93.09 peratus dan kita yakin gerak kerja dapat dilaksanakan berdasarkan tempoh yang ditetapkan.

“Sekiranya berjalan lancar, jambatan ini dapat dibuka kepada orang ramai menjelang penghujung Mei, kemudian akan dirasmikan pada Jun,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan rasmi ke tapak projek tersebut hari ini.

Tambah beliau, kerja-kerja penyambungan struktur lantai jambatan dari arah Sebuyau dan Maludam disasarkan untuk dilaksanakan pada Mac ini.

Dalam perkembangan sama, beliau mengakui antara cabaran utama untuk memastikan projek berjalan lancar adalah faktor cuaca yang tidak menentu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU