ARTIKEL

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Jambatan Batang Rambungan, hari ini.

Jambatan Batang Rambungan hampir siap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Projek pembinaan Jambatan Batang Rambungan dijangka dapat disiapkan menjelang penghujung tahun ini, meskipun kemajuan fizikal semasa sedikit ketinggalan daripada jadual asal.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo, berkata kontraktor sedang berusaha sedaya upaya untuk mempercepat pelaksanaan projek bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai.

Beliau berkata setakat ini, kemajuan fizikal projek telah mencapai 73.27 peratus berbanding sasaran 74.3 peratus, iaitu kira-kira satu peratus di belakang jadual asal.

“Kontraktor memberikan komitmen yang tinggi dan saya percaya mereka mampu mempercepatkan lagi kemajuan kerja bagi memastikan jambatan ini dapat disiapkan pada penghujung tahun ini,” katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Jambatan Batang Rambungan, hari ini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo ditemu bual ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Jambatan Batang Rambungan, hari ini.

Menurutnya, pemasangan segmen pertama kabel penahan telah berjaya disiapkan, manakala lapan lagi segmen akan dipasang secara berperingkat.

Aidel berkata setiap proses pemasangan perlu mematuhi spesifikasi teknikal dan kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan keselamatan serta ketahanan struktur jambatan.

Beliau turut menjelaskan Jambatan Batang Rambungan mempunyai reka bentuk kabel penahan yang unik berbanding jambatan lain di Sarawak kerana susun atur kabelnya lebih terbuka, berbeza dengan reka bentuk konvensional yang lebih menegak.

Sementara itu, Aidel berkata jambatan itu merupakan antara komponen terpenting dalam jajaran pertama projek jalan pesisir Sarawak yang menghubungkan Simpang Sampadi di Lundu hingga ke Baram, Miri sejauh kira-kira 896 kilometer.

“Jambatan Batang Rambungan adalah laluan utama dalam jajaran pertama jalan pesisir dan menjadi antara jambatan yang paling dinantikan siap kerana kepentingannya dalam melengkapkan rangkaian jalan pesisir negeri,” katanya.

Beliau berkata, selain Jambatan Batang Rambungan, beberapa lagi jambatan utama dijangka siap tahun ini termasuk Jambatan Sejingkat pada Oktober, Jambatan Batang Paloh pada November dan Jambatan Batang Saribas 2 menjelang penghujung tahun.

BERITA LAIN

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian