ARTIKEL

DOUGLAS Uggah serta kenamaan lain bergambar kenangan seusai lawatan ke projek pembinaan Jambatan Batang Saribas Dua di sini, hari ini. Foto: JKR Sarawak.

Jambatan Batang Saribas Dua Hanya 20 Peratus Lagi Untuk Siap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Jambatan Batang Saribas Dua dijangka dibuka kepada laluan trafik pada November 2026.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meninjau kemajuan pelaksanaan projek itu petang tadi, yang kini mencapai 80.5 peratus siap.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, lawatan tersebut bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar mengikut jadual serta mematuhi spesifikasi dan piawaian keselamatan ditetapkan.

Uggah menegaskan kepentingan pemantauan berterusan bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut sasaran.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan menyatakan, kementeriannya melalui JKR Sarawak kekal komited memastikan projek dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti serta memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat selaras agenda pembangunan negeri.

Terdahulu, pihak pelaksana projek mengadakan taklimat mengenai status semasa kerja pembinaan, cabaran di tapak serta perancangan baki kerja sehingga projek siap sepenuhnya.

Apabila siap nanti, jambatan sepanjang 2.39 kilometer bernilai RM385 juta itu akan menjadi infrastruktur strategik yang meningkatkan tahap perhubungan, memendekkan masa perjalanan serta merancakkan aktiviti sosioekonomi penduduk setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU