ARTIKEL

Datuk Dr Hazland Abang Hipni ditemui media ketika mengadakan lawatan ke tapak projek Jambatan Batang Sejingkat, hari ini. | Foto: Ramidi Subari.

Jambatan Batang Sejingkat bakal beri manfaat 56,000 penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan Jambatan Batang Sejingkat bakal memberi manfaat kepada kira-kira 56,000 penduduk di kawasan Demak Laut dan Petra Jaya menerusi perhubungan jalan raya yang lebih baik serta membuka peluang pembangunan baharu di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, berkata jambatan berkenaan bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Demak Laut dan Sejingkat, malah turut memberi manfaat kepada seluruh Sarawak.

Katanya, kawasan Demak Laut yang mempunyai 40 kampung meliputi keluasan kira-kira separuh daripada Negeri Sembilan, manakala kawasan Tanjung Embang yang terletak dalam kawasan tersebut berkeluasan kira-kira 15,000 hektar.

“Bukan sahaja kepada penduduk kami di Demak Laut dan Sejingkat, tetapi juga kepada seluruh Sarawak.

“Saya mewakili seluruh penduduk Demak Laut, Petra Jaya dan Kuching mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Sarawak, khususnya Premier Sarawak dan seluruh ahli Kabinet kerana melaksanakan satu projek yang begitu bermakna,” katanya ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan ke Jambatan Sejingkat bersama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo, di sini, hari ini.

Menurut Hazland, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, pembangunan infrastruktur di kawasan Tanjung Embang turut membuka potensi pembangunan lapangan terbang baharu dan pelabuhan laut dalam pada masa hadapan.

Katanya, perancangan tersebut akan memberi impak besar terhadap pembangunan ekonomi kawasan sekitar termasuk Demak Laut dan Samarahan.

Dalam pada itu, beliau berkata pembinaan Jambatan Batang Sejingkat turut dijangka meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk menerusi pertumbuhan sektor perumahan dan aktiviti ekonomi baharu.

Beliau berkata lima projek perumahan baharu kini dirancang di beberapa kawasan termasuk Muara Tebuan, Tanjung Bako, Sejingkat, Goebilt dan Bako.

“Setiap projek itu sekurang-kurangnya melibatkan antara 600 hingga lebih 1,000 buah rumah. Ini juga merupakan satu cara untuk meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di kedua-dua kawasan, iaitu Demak Laut, Kuching serta Samarahan kerana sudah mempunyai perhubungan melalui jalan,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium