ARTIKEL

Jang BS, Saratok FA mara ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARA KE SEPARUH AKHIR… Barisan pemain pasukan Jang BS.

KUALA LUMPUR: Saratok FA dan Jang BS berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Premier Sarawak 1, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022.

Sang juara Liga Betong 2022, Saratok FA terdahulu mencetak slot tersebut selepas mengenepikan Skyline dengan kemenangan tipis (1-0) pada perlawanan yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Berbanding kemenangan selesa (4-1) dicatat Jang BS ke atas Loy69 Mangut pada perlawanan yang berlangsung pada hari Ahad.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, kedua-dua pasukan terbabit sememangnya diramal mara ke separuh akhir.

“Syabas kepada kedua-dua pasukan terbabit kerana telah berjaya mara ke separuh akhir,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut beliau, kini tinggal dua lagi slot yang masih belum terisi untuk memuktamadkan empat pasukan kesemuanya.

Dua lagi aksi suku akhir akan berlangsung hujung minggu ini, GMP FC akan menentang Semarang Village United (4 November). Selain, pertembungan Hermanos dan Saribas Unite (6 November).

Dua pasukan yang berjaya mengatasi lawan masing-masing akan layak ke separuh akhir kelak.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di