ARTIKEL

Jangan biar orang luar roboh kepelbagaian kaum S’wak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jangan bagi orang luar masuk Sarawak jika mahu merobohkan budaya pelbagai kaum di negeri ini.

Demikian tegas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sambil menyifatkan banyak generasi hibrid tumbuh di Sarawak ekoran perkahwinan campur.

“Ketika ini kita boleh makan sama dengan kaum lain dengan menggunakan penyepit.

“Jika Sarawak dirampas oleh orang luar, penggunaan penyepit untuk makan pun akan menjadi persoalan,” katanya ketika berucap pada Ulang Tahun ke-35 Persatuan Clan Teochew Sim Sarawak di Persatuan Gereja-gereja Sarawak di sini, malam tadi.

Menurut Abang Johari, keunikan yang terdapat di Sarawak akan terus dipertahankan oleh kerajaan sedia ada tanpa mengira harganya.

“Ini kerana hanya rakyat Sarawak yang akan memperjuangkan kepentingannya, bukan orang luar,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu Sarawak akan memperkenalkan Aliran Transit Autonomi (ART) di Kuching-Samarahan ekoran kesesakan teruk.

Abang Johari bersama-sama Sim Moh Khian (empat dari kanan) memotong kek sambil disaksikan oleh Dr. Sim Kui Hian dan Sim Kiang Chiok pada Majlis Sarawak Teochew Sim Clan Association di Kuching, semalam.

“Malah pembinaan ART lebih murah iaitu satu pertiga daripada kos Aliran Transit Ringan (LRT) kerana tidak memerlukan landasan dan menggunakan jalan raya sedia ada.

“Oleh itu, saya berharap Clan Sim dapat memberi sumbangan pakar kepada Kerajaan Sarawak dalam merealisasikan pembangunan di negeri ini,” ujarnya.

Beliau turut mengakui kewujudan Teochew Sim sejak 200 tahun lalu di Sarawak dan turut mempunyai kubur di Bumi Kenyalang.

Katanya, kaum ini sama seperti rakyat Sarawak yang lain apabila turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui kemahiran dan kerja keras.

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr. Sim Kui Hian dan Presiden Clan Teochew Sim Sarawak Sim Moh Khian.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira