ARTIKEL

Jangan bunuh bola sepak kita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DI sebalik ketidaktentuan dan ancaman pandemik Covid-19, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan berharap saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 tidak berdepan nasib sama seperti musim lepas.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu mengakui bukan sahaja barisan pemain dan pegawai pasukan akan terkesan, malah perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar ‘membunuh’ keseluruhan industri bola sepak tempatan.
“Saya fikir sekiranya kita menunggu sehingga Covid-19 reda, ramai pemain industri bola sepak akan gulung tikar. Jadi kita mesti berfikir di luar kotak, bola sepak bukan sukan dimainkan suka-suka, bola sepak adalah sebuah industri,” katanya kepada Bernama.
Sathianathan, 62, yang juga Pengarah Teknikal Sarawak United FC berpendapat, dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan lebih komprehensif saingan Liga-M tidak mustahil berjalan dalam keadaan terkawal selain mampu membendung penularan wabak itu dalam kalangan pemain serta pegawai pasukan.
Menurut beliau, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atau kerajaan boleh mengguna pakai pendekatan kebanyakan negara di Eropah yang membenarkan saingan liga berjalan dengan pematuhan SOP ketat.
“Kita tidak boleh batalkan saingan liga, kita mesti menganggap bola sepak sebagai industri dan kemukakan SOP terbaik bagi memastikan perjalanan liga boleh diteruskan. Kita juga boleh melihat dan mengaplikasikan cara liga-liga di Eropah menguruskan perjalanan liga dalam tempoh mencabar ini.
“Dengan SOP itu, kita tunjukkan kepada kerajaan bahawa kita mampu mengambil tanggungjawab ini dengan cekap seterusnya setiap pasukan perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan segala SOP dipatuhi,” katanya.
Beliau berkata saingan Liga-M sudah pasti menjadi elemen hiburan buat peminat bola sepak tempatan seterusnya mampu melepaskan lelah seharian dan mengatasi tekanan hidup yang mungkin dihadapi kesan daripada Covid-19.
Namun, beliau beranggapan sekiranya tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, sepak mula saingan Liga-M 2021 yang dijadual pada 26 Februari perlu diteliti semula memandangkan pasukan bakal menghadapi kesuntukan masa mempersiapkan pasukan.
“Jika minggu ini kerajaan membenarkan sesi latihan berpasukan diadakan, mungkin pada 26 Februari kita tidak menghadapi masalah untuk memulakan liga tetapi jika PKP dilanjutkan dan pasukan masih tidak dibenarkan berlatih, ia mustahil untuk bermula pada tarikh itu,” katanya.
Beliau berkata persiapan paling ideal memerlukan sekurang-kurangnya tujuh minggu bagi mengurangkan risiko kecederaan meskipun kini pemain giat menjalani latihan secara dalam talian.
Impak Covid-19 menyaksikan saingan Liga Super dan Liga Premier 2020 bermula pada Mac terpaksa ditangguh hingga penghujung Ogos manakala beberapa pertandingan utama Liga-M antaranya Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan.
Namun, MFL pada Jumaat lepas mengesahkan saingan Liga-M 2021 tidak akan dibatalkan dengan badan pentadbir Liga-M itu kini sedang membincangkan serta mengkaji mekanisme pelaksanaan saingan itu dalam PKP.
MFL turut dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung kalendar liga tempatan musim 2021 pada minggu ini.
 

BERITA LAIN

Atlet Pahang sudah fokus untuk SUKMA di Sarawak

KUANTAN: Atlet Pahang yang akan terlibat dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak bulan depan sudah mula direhatkan daripada menyertai sebarang kejohanan ketika ini,

Harimau Malaya duduki anak tangga ke-134 dunia

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya melonjak satu anak tangga untuk menduduki tempat ke-134 dunia berdasarkan ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam. Mengikut laman web

BERITA TERBARU

Chelsea Richard nunda singkang indai

SYLVESTER RIANGSuarasarawak.news@gmail.com KINI kuah naya enti enda ngagai asi nya siti jaku sempama ti nemban dikena nerang pasal pengerindu besai siku penanyi biak, Chelsea Richard

Inisiatif manah mutar penanggul penyalah dadah

BINTULU: Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 ti dikemendar Dewan Rakyat ensanus (18 Julai) siti inisiatif positif nambah tikas