ARTIKEL

Jangan membesar-besarkan isu pelantikan anggota Kabinet – Abdullah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jangan membesar-besarkan isu pelantikan anggota Kabinet, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Menurutnya, ia hanya dibangkitkan oleh pihak tertentu yang mahu melihat perpecahan berlaku di Sarawak.

“Adalah menjadi kuasa prerogatif Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, untuk melantik ahli Kabinet Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Sarawak di bawah Perkara 6(3)(b).

“Sehubungan itu, isu pelantikan Kabinet tidak seharusnya diperbesarkan kerana ia hanya dibangkitkan oleh pihak tertentu yang mahu melihat perpecahan berlaku di Sarawak,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, kebijaksanaan Abang Johari dalam membuat keputusan tidak sepatutnya dipersoalkan.

“Ia terutama ketika wilayah ini ditadbir dengan baik dan berada dalam kedudukan ekonomi yang selesa.

“Barisan Kabinet yang diketuai oleh Abang Johari telah banyak membuat keputusan bijak, termasuk memperkenalkan pelbagai inisiatif kebajikan untuk rakyat,” ujarnya.

Abdullah mengingatkan, rakyat lebih mengutamakan pembangunan Sarawak dan kesejahteraan masyarakat berbanding permainan politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan.

“Jika kita berada di akar umbi, masyarakat mahu pemimpin mereka lebih memberi tumpuan kepada membangun Sarawak dan menjaga kebajikan masyarakat daripada bermain dengan permainan politik yang remeh dan cetek,” tambahnya.

BERITA LAIN

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian