ARTIKEL

Jangan sembunyi anak autisme

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ramai keluarga tidak mendedahkan anak autisme mereka kepada dunia luar walaupun untuk diagnosis dan dirawat.

Pensyarah dan Ketua Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas Dr Razitasham Safli berkata, masyarakat perlu mendedahkan anak-anak istimewa tersebut keluar dari rumah, sekali gus menyesuaikan diri mereka dengan keluarga, keadaan sekeliling, jiran tetangga dan masyarakat luar.

“Kebanyakan ibu bapa tidak tahu cara untuk mengawal anak mereka dan bertindak untuk membiarkan anak mereka di rumah sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Forum Autisme Acceptance With Love For Autisme anjuran Autisme Muslim Sarawak Group, Pusat Integrasi Pintar (PIP) dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok di Pustaka Negeri Sarawak, semalam.

Forum dihadiri lima ahli panel tersebut sebagai saluran untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang senario sebenar yang berlaku terutamanya dalam menempatkan individu autisme sebagai sebahagian daripada masyarakat.

Sementara itu Pakar Psikologi Kanak-kanak Dr Suri S. Charles berkata, autisme bukan penyakit dan ia adalah keadaan individu istimewa yang mempunyai kekurangan dalam diri mereka.

“Ibu bapa juga tidak perlu terlalu fokus terhadap diagnosis kanak-kanak autisme kerana ia menyebabkan mereka akan merasa terpinggir.

“Selain itu, ibu bapa juga tidak perlu memaksa anak mereka dalam mementingkan pendidikan sahaja kerana mereka juga boleh dibantu dan diajar melalui kemahiran yang mereka minat,” tambah beliau.

Dari segi bidang psikiatri pula, Mantan Pengarah dan Pakar Perunding Kanan Psikiatri Hospital Sentosa Kuching Dr. Ismail Drahman berkata, tidak ramai kanak-kanak yang didiagnosis kerana mereka kurang dibawa keluar oleh keluarga mereka pada masa dahulu.

Menurutnya, antara simptom autisme dari segi ringan ke tahap sederhana ialah mereka mempunyai kemahiran seperti pembelajaran dalam subjek matematik, mengingati sesuatu benda dan boleh menghafal seperti menghafal jenis bendera.

Oleh itu, katanya, ibu bapa tidak harus menghukum kanak-kanak tersebut jika mereka membuat silap atau memberontak.

“Kebanyakan kanak-kanak autisme yang mempunyai masalah emosi, tingkah laku dan pemikiran biasanya diperolehi daripada sikap ibu bapa itu sendiri,” ujar beliau.

Pengerusi National Autism Society of Malaysia (NASOM) Felina S. Y Muhammad Feisol berkata, sebanyak 20 hingga 25 bayi yang dilahirkan setiap hari mungkin dilahirkan autisme.

Beliau yang mempunyai seorang anak autisme berkata, ibu bapa harus belajar menerima anak mereka walaupun memiliki kekurangan dan, hal ini bukan sebab tidak berusaha untuk mendidik mereka.

“Peranan kita sebagai ibu bapa perlu membuka kunci kepada anak kita dalam mencari bakat terpendam mereka untuk terus berjaya agar mereka tidak ketinggalan,” ujarnya.

Penolong Setiausaha Kuching Autism Association (KAA), Duane Tersan bagaimanapun berkata, ibu bapa tidak perlu untuk meletakkan harapan yang tinggi dalam pendidikan kepada anak-anak istimewa.

“Kita perlu mencungkil dan mengetengahkan bakat mereka seperti menyanyi, melukis serta menari dan jika terdapat kekurangan sesuatu pada diri mereka, kita perlu ikhtiar dan berusaha untuk membaiki kekurangan tersebut,” katanya.

Moderator forum tersebut ialah Pegawai Pemulihan Khas dari Pejabat Pelajaran Daerah Padawan, Anne Itoh.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road