Trending

JANGKITAN CACAR AIR KANAK-KANAK

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

CACAR air atau chickenpox antara jangkitan yang merisaukan ibu bapa.

Kanak-kanak bukan sahaja kurang selesa dan sakit, malah lebih membimbangkan risiko penularan jangkitan cacar air kepada kanak-kanak yang lain.

Cacar air berpunca daripada virus Varicella Zoster iaitu virus sama yang menyebabkan kayap.

Biasanya berlaku kepada kanak-kanak, namun ia boleh terjangkit kepada semua peringkat umur, ia merupakan penyakit mudah berjangkit.

Cacar air boleh terjadi pada 10 hingga 21 hari selepas terdedah dengan pesakit tersebut.

Cacar air boleh merebak satu hingga dua hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam kering.

Apabila anak kecil terkena cacar air, mereka mudah merengek disebabkan berasa tidak selesa disertai demam panas.

Jika tidak kena dengan cara, ia boleh merebak satu badan kerana asyik menggaru.

Simptom biasa cacar air ialah ruam pada tubuh.

Satu hingga dua hari sebelum ruam muncul, individu dijangkiti berasa lemah badan, sakit kepala, kurang selera makan dan demam.

Ruam muncul di sekitar muka, dada dan belakang tubuh pada awal jangkitan.

Ia juga boleh merebak ke seluruh tubuh termasuk di dalam mulut, kelopak mata dan kawasan sulit.

KOMPLIKASI

Ruam berubah menjadi lepuh berisi cecair yang menyebabkan rasa gatal. Lepuh pecah dan akhirnya mengering.

Biasanya, seminggu diperlukan untuk semua lepuh menjadi kering.

Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, virus varicella zoster juga menyebabkan komplikasi kepada organ tertentu.

Antaranya, seperti keradangan hati (hepatitis), keradangan paru-paru (pneumonitis) dan keradangan selaput otak (ensefalitis).

Keadaan ini boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr Redza Zainol menerusi kenyataan berkata, terdapat lima perkara utama ibu bapa boleh lakukan jika si kecil berhadapan masalah cacar air.

Menurut beliau, jika keadaan anak masih aktif, mereka boleh dipantau dari rumah.

Memandangkan cacar air ialah penyakit berjangkit, elakkan ahli keluarga lain daripada terdedah jangkitan.

Cara terbaik, tunggu sehingga semua ruam menjadi kering dan tidak ada ruam baharu yang muncul.

Diingatankat untuk asingkan pakaian, tuala, alat untuk makan dan minuman supaya tidak bercampur dengan ahli keluarga yang lain.

Jelasnya, demam anak boleh diredakan dengan ubat demam paracetamol.

Bagaimanapun, Dr Redza mengingatkan untuk tidak menggunakan aspirin bagi redakan demam anak.

Jika aspirin diberi kepada kanakkanak yang dijangkiti chicken pox, ia boleh menyebabkan penyakit Reye’s Syndrome yang merosakkan hati dan otak anak.

Di samping itu, sapu tubuh anak dengan losen calamine setiap kali selepas mandi.

Penggunaan losen memberi kelembapan dan kelegaan pada kulit anak.

Ia juga mengurangkan gatal pada kulit yang terkena cacar air.

Cara lain mengurangkan gatal, ibu bapa perlu bantu anak-anak dengan memberi ubat cecair antihistamine untuk dimakan.

Namun, beri ketika perlu sahaja dan pastikan mengikut dos seperti dicadangkan.

ELAK JANGKITAN LAIN

Tip seterusnya, pastikan keadaan kuku anak sentiasa pendek dan bersih.

Ini kerana, ketika anak menggaru kulit, kuman dari bawah kuku boleh masuk ke kawasan ruam dan menyebabkan jangkitan bakteria (secondary infection) pada kulit.

Bagi bayi, ibu bapa boleh pakaikan sarung tangan supaya mereka tidak menggaru kulit yang gatal.

Bukan itu sahaja, tip untuk mengurangkan kesan parut pada kulit pula, jangan seskali membiarkan anak-anak mengopek keruping yang muncul.

Penting untuk elak anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanakkanak sehingga ruam menjadi berkerak — sekitar tujuh hari daripada permulaan ruam.

Jika tidak, kemungkinan kawan-kawannya turut dijangkiti.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru