Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Jarak bukan penghalang beri penghormatan terakhir buat Masing

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Kanan: Albert Lawrence, Kiri: Lilia Ringan

KUCHING: Jarak perjalanan bukan penghalang untuk orang ramai hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing di Persatuan Gereja Sarawak (ACS) hari ini.

Tuai Rumah Lilia Ringan dari Kampung Bayor Tembawai, Balai Ringin berkata, selama dua hari beliau berulang-alik ke Kuching demi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

“Hari ini saya bertolak ke Kuching seawal jam 5 pagi untuk ke sini (Persatuan Gereja Sarawak), manakala semalam saya turun pada jam 10 pagi.

“Saya melalui perjalanan lebih kurang dua jam dari Balai Ringin ke Kuching untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden Gagasan Anak Dayak Sarawak Albert Lawrence berkata, dia bersama-sama dengan kira-kira 10 orang ahlinya datang ke Kuching dari Miri semalam khas bagi memberikan penghormatan terkahir kepada mendiang.

“Mendiang banyak membantu gagasan kami termasuk dari segi kewangan dan idea sejak ditubuhkan pada tahun 2015. Kami sangat terhutang budi dan menghargai jasa mendiang.

“Bagi kami, beliau merupakan bapa kepada kami kerana telah banyak membimbing persatuan baharu demi memastikannya berfungsi dan memberikan impak kepada komuniti Dayak,” ujarnya.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News