ARTIKEL

SAR…Operasi SAR Muhaji ditamatkan hari ini selepas jasad mangsa ditemui di Sungai Ulu Lepa berhampiran RH Dadat, Bintangor, kira-kira 69 km dari lokasi kejadian.

Jasad Muhaji ditemui di Sungai Ulu Lepa, SAR ditutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui meninggal dunia selepas dikhuatiri lemas di Sungai Rejang berhampiran Jalan Upper Lanang, Sibu, pada Rabu.

Menurut Komander Operasi, PBK II (TBK I) Rasmi Rajunie, jasad mangsa, Muhaji, 44, yang bekerja di kapal pasir ditemui kira-kira 10.30 pagi tadi di Sungai Ulu Lepa berhampiran RH Dadat, Bintangor, kira-kira 69 km dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian disahkan sebagai Muhaji melalui proses pengecaman di Hospital Sarikei,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhaji yang memasuki hari ketiga hari ini menggunakan kaedah pencarian permukaan air dari hulu hingga ke hilir Sungai Rejang dalam radius tujuh km.

Terdahulu, katanya, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika sedang mandi.

“Rakan sekerjanya, Rasit Benang, menyatakan kejadian berlaku pada Rabu sekitar jam 6 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pada hari berikutnya dan melibatkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, menggunakan sebuah Hilux dan sebuah bot.

“Operasi turut dibantu agensi lain termasuk MARIN, PDRM Balai Lanang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Lembaga Sungai Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU