ARTIKEL

Jason Tan Chin

Jason Tan Chin Foo dilantik Pemangku CEO BESarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bagi memastikan kestabilan organisasi serta kesinambungan kepimpinan, Business Events Sarawak (BESarawak) hari ini mengumumkan pelantikan Jason Tan Chin Foo sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan tersebut dilihat selari dengan agenda strategik jangka panjang BESarawak dalam memacu pertumbuhan berasaskan impak serta kerjasama.

Pada masa yang sama, langkah ini turut memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab utama industri acara perniagaan di Malaysia dan Borneo.

Pengerusi Lembaga Pengarah BESarawak merangkap Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee berkata, Jason merupakan individu yang paling sesuai untuk menerajui organisasi tersebut pada masa ini.

“Jason mempunyai kefahaman mendalam berkaitan industri serta komitmen tinggi dengan kerjasama dan impak kolektif.

“Lembaga pengarah yakin kepimpinan strategiknya mampu memperkukuh BESarawak dan melonjakkan prestasi industri acara perniagaan ke tahap lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, Jason yang memiliki pengalaman selama 18 tahun dalam industri hospitaliti dan acara perniagaan, dikenali dengan kepakaran dalam pembangunan strategik, pelibatan pihak berkepentingan serta pengukuhan organisasi.

Jason dalam pada itu menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk memikul tanggungjawab tersebut.

“Saya berbesar hati menerima amanah ini pada waktu yang penting buat BESarawak.

“Saya percaya kerjasama merupakan kunci utama dalam memperkukuh sektor acara perniagaan Sarawak serta menjana impak mampan kepada industri dan komuniti,” katanya.

Jason menyertai BESarawak pada 2012 dan pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan kanan merangkumi bidang pembangunan perniagaan, penyelidikan, pemasaran serta komunikasi, sekali gus membina jaringan industri yang kukuh serta pengetahuan institusi yang mendalam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU