ARTIKEL

Uggah semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak sasar sifar kebakaran besar di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) menyasarkan sifar insiden kebakaran besar di Miri di tengah-tengah cuaca panas dan kering yang berterusan.

Pengerusi SDMC, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menekankan, dari 1 Januari hingga 30 Julai tahun ini, Miri menyumbang 42 daripada 152 kawasan panas yang dikesan di Sarawak.

“Pada Julai sahaja, sejumlah 90 kawasan panas dikesan, dengan Miri mendahului kiraan 21, diikuti Kapit 16, dan Bintulu serta Sri Aman masing-masing 11,” katanya.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat pada 31 Julai dengan jawatankuasa pengurusan bencana bahagian dan daerah, bersama-sama jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi membincangkan strategi dan persediaan menguruskan risiko kebakaran semasa.

Uggah menekankan risiko tinggi kebakaran belukar di kawasan tanah gambut Kuala Baram semasa musim panas dan kemarau.

Justeru, beliau menggesa semua jabatan, agensi dan pemilik tanah yang berkaitan di rantau ini untuk proaktif dalam persediaan mereka.

Uggah, yang juga Timbalan Premier berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) perlu menggunakan dron apabila asap dikesan untuk menilai keadaan dengan segera.

Beliau menekankan keperluan mempunyai kakitangan ditempatkan di menara pemantauan di kawasan itu bagi memastikan pengawasan berterusan.

Beliau juga menekankan keperluan untuk NREB mempergiatkan aktiviti pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaannya pada setiap masa.

Untuk mencapai sasaran sifar kejadian kebakaran besar memerlukan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk pemilik tanah, ujarnya lagi.

Dalam pada itu, berdasarakan taklimat yang disediakan oleh NREB, Uggah menyatakan dari Januari hingga Julai, Indeks Pencemaran Udara (API) di Sarawak antara baik hingga sederhana.

“Nasib baik, kami tidak merekodkan sebarang tahap API yang tidak sihat,” kata Uggah.

Tambah beliau, Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan jerebu diaktifkan apabila API mencapai 100.

“Selain itu, NREB membekukan permit untuk syarikat menjalankan pembakaran terbuka di negeri ini sejak Jun,”ujarnya.

Uggah menasihatkan orang ramai mengelak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakn kebakaran merebak secara tidak terkawal.

Beliau juga menggalak penduduk rumah panjang dan kampung yang mengalami kekurangan air minuman, melaporkan isu itu kepada Pejabat Daerah dan Residen untuk mendapatkan bantuan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU