ARTIKEL

Abang Johari (tiga dari kanan) bergambar bersama Jamri (tiga dari kiri) dan pegawai-pegawai bomba yang lain selepas kunjungan hormat itu.

JBPM Sarawak Kemuka Keperluan Aset Baharu kepada Premier

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ancaman kebakaran hutan di beberapa kawasan di negeri ini mendorong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak untuk meningkatkan kesiapsiagaan pasukan termasuk melalui keperluan peralatan khas.

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran memaklumkan bahawa pihaknya telah memohon pertimbangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membantu menyediakan pam angkut khusus bagi tujuan pemadaman kebakaran hutan.

“Sebagai contoh, baru-baru ini telah berlaku kebakaran hutan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mukah dan kami menghadapi sedikit kekangan dari segi pam.

“Susulan kes itu, kami berkongsi perkara ini dengan Premier dan alhamdulillah beliau menerimanya dengan hati terbuka.

Insya-Allah beliau akan cuba membantu kami,” katanya kepada media selepas kunjungan JBPM Sarawak ke pejabat Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.

Jamri turut memaklumkan bahawa, Abang Johari turut menzahirkan keprihatinan terhadap kesiapsiagaan JBPM dalam menangani kebakaran bangunan tinggi selaras dengan pembangunan pesat di negeri ini.

“Premier telah dimaklumkan mengenai aset sedia ada yang mampu melaksanakan operasi tersebut.

“Pertemuan itu juga menyentuh kekuatan pegawai dan anggota JBPM di seluruh negeri, status semasa balai bomba serta perancangan pembinaan balai baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13),” ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah JBPM Sarawak Tiong Ling Hii dan Penolong Pengarah Ahmad Nizam Sapaiee.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU