ARTIKEL

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran

JBPM Sarawak nafi sahkan lima individu maut dalam nahas helikopter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menafikan pihaknya telah mengesahkan lima individu maut dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang, petang tadi.

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran berkata, pihaknya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung status mangsa kerana operasi di lokasi kejadian belum dijalankan JBPM.

“Kami belum mengeluarkan sebarang kenyataan sebab kami belum membuat sebarang operasi.

“Kami menafikan pernyataan ini,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak untuk mengulas laporan yang menyatakan kesemua lima individu dalam helikopter berkenaan telah disahkan meninggal dunia.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang dilaporkan berkata, kesemua lima individu di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang.

Galong berkata, kesemua lima individu di dalam helikopter itu disahkan meninggal dunia berdasarkan laporan JBPM serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, dakwaan berkenaan dinafikan Jamri yang menegaskan JBPM Sarawak belum mengeluarkan pengesahan sedemikian.

Setakat ini, status sebenar juruterbang dan empat petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada dalam helikopter berkenaan masih belum dapat dipastikan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU