ARTIKEL

Jebung Racing Team buktikan keunggulan.

Jebung Racing Team juara bot laju Pesta Sematan 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JEBUNG Racing Team membuktikan keunggulan apabila dinobatkan sebagai Raja Kuala dalam acara berprestij perlumbaan bot laju sempena Pesta Sematan 2025, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,100 bersama Piala Raja Kuala dan Piala Iringan.

Horis Racing Team pula menampilkan aksi mantap dengan menduduki tempat kedua, menerima hadiah wang tunai RM800 beserta piala, manakala Tanjong Datu Pirate tidak pulang tangan kosong apabila meraih tempat ketiga dengan ganjaran RM600 dan piala.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan dalam majlis penangguhan rasmi yang berlangsung di Pentas Utama Pesta Sematan 2025, di sini, hari ini.

Menurut beliau, perlumbaan bot laju merupakan antara acara yang paling dinantikan oleh komuniti tempatan setiap kali Pesta Sematan dianjurkan dua tahun sekali.

“Pertandingan kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 10 pasukan termasuk dari Kanowit, Kuching dan Sibu, yang sekali gus membuktikan daya tarikan acara ini kepada penggiat sukan permotoran air di seluruh Sarawak,” katanya.

Penganjuran acara sukan seperti ini bukan sahaja merancakkan suasana pesta, malah memperkukuh semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan penduduk tempatan dan luar kawasan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira