ARTIKEL

Jejambat Simpang Saratok Perlu Jadi Keutamaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan pembinaan jejambat di Simpang Saratok, Lebuh Raya Pan Borneo perlu segera dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri di bawah Pelan Boleh Pinda akan datang bagi meningkatkan keselamatan dan kelancaran pengguna jalan raya.

ADUN Krian Friday Belik berkata, perkara itu penting untuk diberi perhatian susulan saranan Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, agar kerajaan negeri, melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU).

“Perkara ini juga dibangkitkan pada Persidangan Dewan Negara dalam mesyuaratnya pada Mac 2026.

“Mewakili rakyat Krian dan Saratok serta pengguna Lebuh Raya Pan Borneo yang lain, saya memohon kepada pihak JKR Sarawak supaya mengambil tindakan sewajarnya seperti yang disarankan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia,” katanya.

Beliau berkata dalam usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam hal berkaitan, Friday berkata, ketiadaan Pusingan P yang sesuai turut menjadi rungutan pengguna Lebuh Raya Pan Borneo apabila jarak pusingan sedia ada disifatkan terlalu jauh.

“Saya turut memohon kepada pihak JKR Betong untuk membuat kajian berkaitan Pusingan P yang perlu diubah suai atau ditambah, seterusnya mengemukakan permohonan melalui EPU Sarawak kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk dipertimbangkan sewajarnya,” jelasnya.

Beliau menambah, masih banyak jalan akses ke rumah panjang di kawasan Krian yang perlu dibaiki dan dinaik taraf.

Dalam pada itu, Friday turut memaklumkan, beberapa kawasan di Krian juga masih belum mendapat liputan Internet dan telefon yang memuaskan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU