ARTIKEL

Solat jenazah dilakukan terhadap Allahyarhamah Nurhaslinda Abdullah di Seoul Central Mosque, hari ini - FOTO: Facebook Nancy

Jenazah Nurhaslinda selamat dikafan dan disolatkan di Seoul Central Mosque

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jenazah Allahyarhamah Nurhaslinda Abdullah selamat dikafan dan disolatkan di Seoul Central Mosque, hari ini.

Status tersebut dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menerusi kiriman yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.

Beliau turut mendedahkan bahawa kemas kini status jenazah diterima melalui kiriman gambar daripada pihak Kedutaan Malaysia di Korea.

“Insya-Allah, sama-sama kita doakan semoga perjalanan untuk membawa balik jenazah arwah dari Korea ke Malaysia dipermudahkan segalanya,” katanya.

Sementara, jenazah Nurhaslinda dijangka dibawa pulang ke Malaysia pada 4 Januari ini.

Kerajaan Sarawak melalui Pejabat Ahli Parlimen Santubong menyalurkan sejumlah RM31,082 bagi menguruskan jenazah untuk dibawa pulang dari Korea Selatan.

Nancy sebelum inj turut mendedahkan bahawa kerajaan membantu untuk mendahulukan pembayaran kepada Wisma Putra bagi mempercepatkan proses pembayaran kos hospital dan pengurusan jenazah. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU