ARTIKEL

Fadillah ketika berucap pada Konvensyen Khas PBB Zon Selatan 2026 bertemakan ‘Jaga Sarawak, Intu Sarawak’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Jentera PBB Zon Selatan bersiap siaga untuk kemenangan besar GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan menjadi medan menyatukan kekuatan dan memperkukuh tekad seluruh jentera parti bagi memastikan kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13.

Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata,, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, jentera PBB di Zon Selatan sudah bersiap siaga dan berikrar untuk bekerja keras bagi memastikan semua calon GPS, khususnya PBB, memperoleh kemenangan besar.

“Perahu sudah disediakan, pengayuh sudah di tangan. Kini kita hanya menunggu pelepasan daripada Premier untuk memastikan perahu kita terus dikayuh hingga ke garisan penamat sebagai pemenang,” katanya.

Fadillah yang juga Pengerusi Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Selatan berkata demikian ketika berucap pada konvensyen khas bertemakan ‘Jaga Sarawak, Intu Sarawak’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Beliau menambah, konvensyen itu amat penting memandangkan hanya 13 hari lagi sebelum penamaan calon dan 27 hari sebelum hari pengundian.

Justeru, beliau mahu seluruh jentera parti memanfaatkan peluang berkenaan untuk menyatukan kekuatan, memperteguh semangat perjuangan dan memperkukuh tekad bagi memastikan kemenangan GPS.

“Ahli PBB Zon Selatan turut berikrar untuk terus berdiri teguh dan memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Kami bertekad untuk bersatu hati dan bekerja keras bagi memastikan bukan sahaja calon PBB, malah semua calon GPS memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya kali ini,” ujarnya.

Mengulas tanggungjawab parti terhadap rakyat, Fadillah memberitahu, keistimewaan politik di Sarawak ialah khidmat kepada rakyat tidak hanya tertumpu pada musim pilihan raya, sebaliknya dilaksanakan secara berterusan.

“Selepas kempen dan pilihan raya berakhir, PBB dan GPS akan kembali memberi tumpuan kepada usaha berkhidmat kepada rakyat dan negeri. Itulah semangat dan cara kami bekerja sejak dahulu lagi.

“Kita tidak berpolitik sepanjang masa seperti sesetengah parti lain. Kita memilih untuk terus bekerja, bekerja dan bekerja,” tegasnya.

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan turut menyaksikan sepanduk gergasi tertera mesej “Premier Abang Jo, Kamek Orang Sarawak Masih Merlu Kitak” (Premier Abang Jo, kami rakyat Sarawak masih memerlukan anda) yang mencerminkan sokongan berterusan rakyat terhadap kepimpinan Premier.

Pada masa sama, konvensyen berkenaan disertai kira-kira 3,000 peserta, menghimpunkan ahli daripada 26 cawangan PBB merangkumi pelbagai generasi, termasuk golongan belia, wanita dan pemimpin veteran sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU