ARTIKEL

Julaihi merakam kenangan bersama tetamu dan kanak-kanak yang hadir Jerayawara Pro-Dr Edisi Ke-10 2025, di Dewan Pembangunan Sebuyau, di sini, hari ini.

Jerayawara PRO-DR platform daya saing belia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Jerayawara Projek Impian Direalisasikan (PRO-DR) menjadi platform penting bagi belia meningkatkan daya saing, sekali gus membantu membangunkan Sarawak sebagai negeri maju melalui digitalisasi dan inovasi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Sri Julaihi Narawi berkata, Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa berusaha memperkasa dan mengasah bakat pelajar.

Julaihi menyampaikan ucapan.

“Penekanan terhadap Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta inovasi digital melalui Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) diyakini mampu melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang digital.

“Usaha ini juga memperkukuh keseluruhan ekosistem termasuk Tenaga Boleh Baharu (TTB) dan ekosistem lain seperti keusahawanan digital yang dipacu oleh TEGAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Jerayawara Pro-Dr Edisi Ke-10 2025, di Dewan Pembangunan Sebuyau, di sini, hari ini.

Beliau juga menekankan bahawa tenaga kerja mahir amat penting bagi mengendalikan pelbagai operasi insiaitif Kerajaan Sarawak.

“Kita tidak mahu peluang ini disia-siakan hingga terpaksa diisi oleh pekerja asing sekiranya belia tempatan tidak memiliki kemahiran mencukupi,” jelasnya.

Menurutnya, pendidikan adalah salah satu penggerak yang terpenting dalam pembangunan sesebuah negara.

“Dari era perindustrian, pembuatan dan pertanian, sehinggalah ke era digital dan inovasi, semuanya berasaskan pembangunan modal insan melalui pendidikan.

“Pendidikan membentuk jati diri dan prinsip seseorang, terutama apabila dipupuk sejak kecil

“Dengan pendidikan yang strategik, idea pelajar dapat diterjemahkan dan bermanfaat kepada masyarakat dan negara,” ujarnya.

Beliau turut menekankan kejayaan China yang mencipta inovasi baharu dalam melonjakkan ekonomi dan pembangunan melalui sistem pendidikan progresif berfokuskan STEM serta digital.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa Kerajaan Sarawak juga membangunkan loji janakuasa solar terapung berkapasiti 50 megawatt di Empangan Batang Ai yang dijangka beroperasi Disember ini.

“Projek ini hanya menggunakan tiga peratus permukaan empangan, dan berpotensi diperluaskan ke Murum dan Bakun.

“Inisiatif sebegini akan menarik pelabur asing sekali gus melonjakkan Sarawak ke arah negeri berpendapatan tinggi pada masa akan datang.

“Ini membuktikan teknologi dan inovasi, apabila digabungkan dengan keadaan geografi dan sumber Sarawak, ia berupaya memacu ekonomi negeri.

“Malah, ia juga membuktikan Sarawak kini berada di landasan tepat untuk menjadi hab tenaga hijau serantau serta menyumbang kepada Malaysia sebagai ‘Bateri ASEAN’,” katanya.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan