ARTIKEL

Jerebu: 32 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 4.30 Petang, IPD Serian Paling Tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4.30 petang ini, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).

Bacaan tertinggi dicatatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (173) di Sarawak, manakala sembilan kawasan lain di negeri itu turut merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Samarahan (168), Kuching (166), Sri Aman (157), Bintulu (155), Miri dan Sibu masing-masing 153, Samalaju (131), Limbang (116) dan ILP Miri (106).

IPU tidak sihat turut dicatatkan di Putrajaya dengan bacaan 161 diikuti Nilai, Negeri Sembilan (160), Shah Alam, Selangor (157), Seremban, Negeri Sembilan (156), manakala di Johor melibatkan Segamat (156) serta Batu Pahat dan Tangkak masing-masing 155.

Politeknik Kota Kinabalu, Sabah pula merekodkan bacaan 155, diikuti Cheras, Kuala Lumpur dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing 153, Bandaraya Melaka dan Larkin, Johor masing-masing 152 serta Petaling Jaya, Selangor (151).

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Batu Muda, Kuala Lumpur (147), Banting, Selangor (132), Port Dickson, Negeri Sembilan (126), Alor Gajah, Melaka (119), Indera Mahkota Kuantan, Pahang (111), Kuala Selangor (108), Klang (107) dan Balok Baru Kuantan, Pahang (103).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di