ARTIKEL

Gambar hiasan. Foto: Levrone Aigle

Jerebu Sarawak: Empat Kawasan Catat IPU Sangat Tidak Sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kualiti udara di beberapa kawasan Sarawak kembali merosot apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) meningkat hari ini.

Serian mencatat bacaan tertinggi 282, diikuti Kuching 254, Sri Aman 234 dan Samarahan 228, semuanya pada tahap sangat tidak sihat.

Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) setakat 12 tengah hari, Serian mencatat peningkatan berbanding bacaan 245 pada 2 petang semalam, manakala Kuching melonjak daripada 194 kepada 254 dan Sri Aman daripada 183 kepada 234.

Bagaimanapun, bacaan Samarahan menunjukkan sedikit penurunan daripada 234 semalam kepada 228 hari ini, manakala Sarikei turun daripada 197 kepada 184 dan Sibu daripada 184 kepada 167.

Selain empat kawasan pada tahap sangat tidak sihat, tujuh kawasan lain turut merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Mukah (185), Sarikei (184), Samalaju (180), ILP Miri (169), Bintulu (169), Sibu (167) dan Miri (164).

Dua lagi kawasan, Kapit dan Limbang, masing-masing merekodkan bacaan 93 dan 84, sekali gus berada pada tahap sederhana.

Penduduk terutama golongan berisiko tinggi dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan serta nasihat kesihatan pihak berkuasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU