ARTIKEL

Gambar hiasan. Foto | Levrone Aigle

Jerebu Sarawak: Keputusan Pengoperasian Sekolah Dimaklumkan Esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Susulan keadaan jerebu yang semakin memburuk di Sarawak, kaedah pengoperasian sesi persekolahan Isnin ini akan diputuskan dan dimaklumkan pada esok, sebelum 2 petang.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak berkata, keputusan berkenaan akan mengambil kira keadaan semasa, dengan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta seluruh warga pendidikan terus menjadi keutamaan.

“Kaedah pengoperasian sekolah bagi 7 September 2026 akan dimaklumkan pada Sabtu, 5 September 2026 sebelum 2 petang,” menurut JPN Sarawak dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga, murid serta warga sekolah dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti hebahan dan arahan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta JPN Sarawak sementara menunggu keputusan berkenaan.

Dalam pada itu, JPN Sarawak turut mengingatkan semua pihak supaya memantau keadaan kesihatan diri dan anak-anak, khususnya mereka yang mempunyai masalah berkaitan sistem pernafasan.

“Kurangkan aktiviti luar dan pendedahan kepada jerebu sekiranya keadaan kualiti udara semakin merosot serta pastikan keperluan kesihatan dan keselamatan anak-anak sentiasa diberi perhatian,” katanya.

JPN Sarawak turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Dalam situasi seperti ini, ketenangan, kewaspadaan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan.

“Tidak perlu membuat sebarang andaian. Tunggu pemakluman rasmi dan ikuti arahan yang dikeluarkan,” katanya.

JPN Sarawak turut berharap keadaan jerebu beransur pulih serta segala urusan berkaitan persekolahan dipermudah.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU