ARTIKEL

Jeritan Terakhir Di Jeti Sungai Kelai: Remaja 14 Tahun Disambar Buaya Gergasi!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika menjala udang berhampiran Jeti Sungai Kelai, berdekatan Rumah Jingga, Pulau Bruit di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada Balai Polis Daro pada jam 5.45 petang.

Susulan maklumat berkenaan, sepasukan anggota dari BBP Daro digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul maklumat serta memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama pihak polis dan penduduk kampung.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai disambar buaya ketika menjala udang berhampiran jeti Sungai Kelai berdekatan kawasan Kampung Sebako/Sedi.

“Setakat ini, mangsa masih belum dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, operasi SAR ditangguhkan pada jam 6.30 petang atas faktor keselamatan dan akan disambung semula pagi esok.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU