ARTIKEL

Jiankun International Bhd | BERNAMA

Jiankun jangka nilai pembangunan kasar projeknya melonjak kepada RM2 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jiankun International Bhd menjangkakan nilai pembangunan kasar (GDV) projek kumpulan itu melonjak kepada RM2 bilion di bawah kepimpinan pengerusinya yang baru dilantik, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

Ketika ini, kumpulan itu mempunyai lima projek iaitu pembangunan semula rumah pangsa Jalan Tun Razak dengan GDV bernilai RM1.2 bilion, pangsapuri servis Residensi Maya di Kajang (RM267 juta), rumah teres dua tingkat di Taman Panchor Jaya di Nibong Tebal, Seberang Prai Selatan (RM73 juta), pangsapuri servis Bukit Tambun di Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan (RM200 juta-RM220 juta) dan satu projek di Klebang di Melaka (RM190 juta-RM200 juta).

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Edwin Silvester Das dalam satu kenyataan semalam, berkata komitmen kumpulan melangkaui keuntungan yang mana semua usaha mereka mengutamakan kelestarian alam sekitar, amalan hijau, dan harga rumah yang berpatutan untuk manfaat pemilik rumah.

“Sebagai contoh, Taman Panchor Jaya, projek perintis pegangan kekal bersebelahan perbandaran Nibong Tebal, merupakan bukti inovasi, yang menggabungkan panel solar semasa pembinaan.

“Harga bagi 116 rumah teres ini dijangka sangat kompetitif, dengan pertanyaan serius melebihi  unit yang tersedia dengan nisbah 2:1, di tengah-tengah senario kekurangan tanah di Pulau Pinang dan peningkatan permintaan untuk kawasan perumahan berpagar,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU