ARTIKEL

PEMERIKSAAN... Anggota JIM Sarawak memeriksa dokumen warga asing ketika operasi penguatkuasaan yang dijalankan hasil aduan orang awam dan risikan di sekitar Kuching serta Kota Samarahan.

JIM Sarawak tahan 64 PATI dalam operasi di 13 lokasi sekitar Kuching dan Kota Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di 13 lokasi sekitar Kuching dan Kota Samarahan mengesan pelbagai kesalahan imigresen, sekali gus membawa kepada penahanan 64 pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut jurucakap JIM Sarawak, operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Kuching menerusi Ops Selera, Ops Mahir, Ops Belanja, Ops Gegar dan Ops Sapu itu dijalankan pada 29 hingga 30 Julai lalu hasil aduan orang awam serta risikan pihaknya.

“Sepanjang operasi yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 3 pagi itu, seramai 107 orang diperiksa di 13 lokasi sekitar Kota Sentosa, Batu 10 hingga Batu 12, Kawasan Perindustrian Pending, Metrocity, Sematan, Batu Kawa dan Kota Samarahan,” katanya.

PEMERIKSAAN… Anggota JIM Sarawak memeriksa dokumen warga asing ketika operasi penguatkuasaan yang dijalankan hasil aduan orang awam dan risikan di sekitar Kuching serta Kota Samarahan.

Beliau menambah, antara premis yang diperiksa ialah kedai makan, kilang, tapak pembinaan, premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian, pusat urut, kedai runcit serta bilik sewa di bangunan kedai.

Katanya, hasil pemeriksaan, seramai 64 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), termasuk tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan mengikut Seksyen 15(1)(c) serta tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah mengikut Seksyen 6(1)(c) akta berkenaan.

PEMERIKSAAN… Anggota JIM Sarawak memeriksa dokumen warga asing ketika operasi penguatkuasaan yang dijalankan hasil aduan orang awam dan risikan di sekitar Kuching serta Kota Samarahan.

“Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen bagi membantu siasatan sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Jurucakap itu berkata operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi mengesan dan membanteras kehadiran PATI, selain mengambil tindakan terhadap mana-mana individu atau majikan yang melanggar undang-undang imigresen.

Menurutnya, orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada JIM bagi membantu usaha penguatkuasaan serta memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU