
Tarikh keramat
telah sebati dalam jiwa ini
menumpahkan air mata anak bangsaku
terlepas daripada cengkaman penjajah
menumpang berteduh membawa pulang hasil ke
buminya.
Jiwa merdeka
di bumi yang subur dengan adat
terbentang di atas sebidang dada yang dikunci
dengan manga emas
bersiap-siaga kita daripada musuh maya
yang cuba runtuhkan benteng perpaduan
tiga titik bangsa ini.
Anakku tanamkan benih sejarah nusa akhlakmu
agar kibaran gemilang baktimu
berkibar cemerlang di sepanjang zaman
supaya penjajahan tidak akan berulang lagi di sini
meskipun petualang dalam selimut
duri dalam daging
matanya enggan pejam
walaupun dikejut panas mentari.



