Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Johor pertama peroleh keputusan PRU-15 di Semenanjung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Johor muncul negeri pertama di Semenanjung yang Malaysia memperoleh keputusan rasmi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) membabitkan empat kerusi Parlimen, berdasarkan keputusan rasmi dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 10.25 malam ini.

Barisan Nasional (BN) memenangi tiga kerusi iaitu masing-masing di Simpang Renggam, Pengerang dan Kota Tinggi manakala Pakatan Harapan (PH) di Labis.

Pengerusi BN Johor Datuk Seri Hasni Mohammad merampas kerusi Simpang Renggam dengan menewaskan penyandang Dr Maszlee Malik (PH), Kamal Kusmin (Pejuang) dan Mohd Fazrul Kamat daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 1,821 undi.

Selain itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengalahkan dua lawannya, Mohamad Ridhwan Rasman (PN) dan Onn Jaafar (PH) dengan majoriti 8,390 undi di Kota Tinggi manakala Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga penyandang kerusi Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said menewaskan Fairulnizar Rahmat (PN) dan Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (PH) dengan majoriti sebanyak 5,010 undi.

Parlimen Labis yang menyaksikan pertarungan tiga penjuru pula dimenangi oleh penyandang Pang Hok Liong daripada PH yang menewaskan dua pencabarnya iaitu Datuk Chua Tee Yong (BN) serta Alvin Chang Teck Kiam (PN) dengan majoriti 2,833 undi.

Penjumlahan undi di kerusi Parlimen lain masih lagi berlangsung. – Bernama

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News