ARTIKEL

TAHNIAH...Syabas dan tahniah kepada Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo muncul juara kategori catchweight Muay Thai Primetime US, One Championship 2023 di Bangkok Thailand

Jojo mampu pergi lebih jauh dalam sukan Muay Thai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pencapaian cemerlang berturut-turut atlet muda Muay Thai Negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar dalam sukan Muay Thai dijangka mampu pergi lebih jauh dalam mengharumkan nama negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau percaya Jojo yang baru menjangkau usia 17 tahun itu mampu bergerak lebih jauh dalam sukan Muay Thai.

Sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia menerusi sukan Muay Thai.

“Pada usia baru 17 tahun, saya percaya Jojo yang kini mewakili Kelab Muay Thai Rentap di Sarawak boleh pergi jauh mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menzahirkan syabas kepada Kelab Muay Thai Rentap Sarawak.

“Syabas juga kepada Kelab Muay Thai Rentap Sarawak dan semoga dapat melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai untuk negara,” katanya.

Baru-baru ini, Jojo sekali lagi mengejutkan peminat Muay Thai dengan mempamerkan aksi memukau menerusi kemenangan keduanya dalam arena One Championship.

Lebih membanggakan, beliau hanya memerlukan 36 saat menumbangkan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares secara pukulan Knockout (K.O).

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha