ARTIKEL

Jom meriahkan Program Berambeh Krismas 2019 di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Orang ramai sekitar Mukah dijemput hadir bagi memeriahkan Program Berambeh Krismas 2019 dan Sambutan Pra Tahun 2020 GPS, ADUN N57 Tellian Anjuran bersama JKKK, KRT Zon 1 & 2, Kampung Tellian Tengah dengan kerjasama VCCTT Entertainment-X, Kelas MajuDarters dan One Ball Futsal Tellian.

Program ini akan berlangsung pada 27 hingga 30 Disember 2019 bertempat di Pusat Pentadbiran dan Operasi JKKK Kampung Tellian Tengah,Mukah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Bonaventure Juana Lupuih memberitahu antara acara yang akan diadakan ialah seperti Pertandingan Futsal (27 Disember), Pertandingan Dart Terbuka Mukah (28 dan 29 Disember), Bola Sepak 9 sebelah Tertutup (28 dan 29 Disember), Pertandingan Langskap dan Lampu Krismas 2019 (25 hingga 29 Disember), Ratu Ibu Kebaya (30 Disember) dan Majlis Berambeh Krismas 2019 pula dilangsungkan pada 30 Disember 2019.

Tetamu kehormat pada Majlis tersebut nanti ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N57 Tellian Yussibnosh Balo.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira