ARTIKEL

Poster iklan Pameran kerjaya MYFutureJobs x GETS-WRP Career Fair 2026.

Jom Sertai Pameran Kerjaya MYFutureJobs x GETS-WRP 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pencari kerja dan siswazah diseru untuk merebut peluang menghadiri Pameran Kerjaya MYFutureJobs x GETS-WRP Career Fair 2026 yang akan berlangsung di Bangunan Yayasan Sarawak, di sini pada 20 Mei depan.

Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) berkata, penganjuran program tersebut bertujuan untuk menyediakan platform strategik kepada pencari kerja, siswazah serta pelatih Latihan Pemantapan Graduan Sarawak – Program Kesediaan Tempat Kerja (GETS-WRP) untuk berhubung secara langsung dengan bakal majikan.

Katanya, ia juga membuka peluang kepada peserta untuk meneroka peluang kerjaya dalam pelbagai sektor.

“Peserta berpeluang bertemu syarikat yang sedang menawarkan pekerjaan mendapatkan panduan kerjaya dan kebolehpasaran pekerjaan serta mengetahui lebih lanjut berkaitan insentif pekerjaan termasuk program peningkatan kemahiran yang ditawarkan.

“Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memperkukuh kesiapsiagaan tenaga kerja serta meningkatkan kebolehpasaran siswazah di Sarawak,” katanya menerusi kenyataan.

Program dianjurkan SCOPE yang juga perusahaan milik Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui inisiatif MYFutureJobs itu dijadualkan berlangsung dari 9 pagi hingga 5 petang dan terbuka kepada orang ramai.

Sementara itu, SCOPE mengalu-alukan siswazah, pencari kerja serta orang ramai untuk menghadiri pameran kerjaya ini dan memanfaatkan peluang yang disediakan. Peserta juga digalakkan membawa resume masing-masing serta bersedia untuk sesi temu duga

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi SCOPE di talian 082-231230 atau melalui e-mel mariane@scopetraining.com.my, nadzirah@scopetraining.com.my atau husna@scopetraining.com.my.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU