Jom sertai pertandingan  menulis cerita pendek perpaduan #SARAWAKPRIDE

SIBU: Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) berhasrat mencipta rekod terbaru untuk jumlah Cerita Pendek Perpaduan terbanyak dikumpulkan untuk Malaysia Book of Records (MBR).

Ketua Eksekutif YPS, Datuk Aloysius Dris, berkata syarat minimum yang ditetapkan oleh MBR ialah 1000 buah cerita dan pada masa ini penganjur hanya berjaya mengumpulkan kurang daripada 50 penyertaan.

“Kita masih mempunyai masa sehingga tarikh akhir pada 15 Jun 2019, jadi kami menyeru sokongan dan bantuan dari semua pihak untuk berkongsi dan mempromosikan projek ini dalam membantu kami untuk mempromosikan kebanggaan yang Sarawak miliki,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pengenalan Projek ‘Sarawak Pride-Most Number of Unity Short Stories’ di Pejabat Residen Sibu baru-baru ini.

Setakat hari ini, beliau berkata projek tersebut telah dihebahkan kepada semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Sarawak, semua pejabat Residen, Pejabat Daerah, dan pihak berkuasa tempatan, majlis dan persatuan etnik.

Ketua Eksekutif YPS, Datuk Aloysius Dris (tengah) bergambar dengan pihak jwatankusa untuk projek ‘Sarawak Pride-Most Number of Unity Short Stories’ baru-baru ini.

Hebahan melibatkan pihak di sekolah menengah di Sarawak, persatuan-persatuan agama, organisasi lain dan banyak lagi, masih di dalam proses hebahan, katanya.

Oleh itu, saya berharap taklimat ini boleh menjadi platform yang terbaik untuk berkongsi dan bertukar-tukar idea bagaimana boleh meningkatkan promosi untuk projek ini.

“Beberapa cadangan kami telah berikan kepada pihak penganjur dari taklimat di Kuching adalah bahawa pelbagai persatuan atau kumpulan boleh berkongsi maklumat projek ini menerusi laman sosial,” katanya.

Cadangan lain juga adalah untuk berkongsi dengan pihak penganjur mengenai projek yang akan mereka anjurkan dan mungkin mempertimbangkan untuk mempromosikan projek ini bersama semasa acara tersebut juga, jelasnya.

Oleh itu Aloysius berkata bahawa idea di sebalik tercetusnya projek ini adalah kerana Kuching bakal merayakan ulang tahunnya ke-31 sebagai sebuah bandar raya dan juga tahun ke-4 sejak ia diisytiharkan sebagai Bandar Perpaduan.

Oleh itu, beliau berkata melalui projek ini akan pihaknya akan berusaha untuk mendokumentasikan semangat perpaduan itu, kerana perpaduan bukanlah sesuatu yang sangat ketara yang boleh diukur.

“Matlamat projek ini adalah untuk mengumpul cerita pendek mengenai perpaduan dari semua lapisan masyarakat di Sarawak dan kemudiannya dikongsi dengan semua orang (di dalam dan di luar Sarawak) untuk memahami mengapa perpaduan adalah kebanggaan kita dan bagaimana perpaduan dapat dipertingkatkan lagi.

“Kisah-kisah yang dipilih akan diadakan di sebuah pameran (walk in maze) yang akan dianjurkan pada Ogos 2019 di Kuching Waterfront sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching,” katanya sambil memberitahu pameran tersebut juga akan dibuka di Sibu , Bintulu, dan akhirnya Miri.

Beberapa hadiah khas ditawarkan kepada tiga cerita terbaik yang dipilih oleh panel juri, iaitu Hadiah Utama (Apple MacBook Pro 13), Hadiah Kedua (Apple iPhone X R 128GB) dan Hadiah Ketiga (Apple Airpods).

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN