ARTIKEL

JUARA... Joseph (tengah) bersama hadiah yang dimenanginya.

Joseph Ladi raih dua gelaran berprestij

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bintang bina badan Sarawak, Joseph Ladi, berprestasi cemerlang dengan meraih dua gelaran berprestij dalam kejohanan berbeza.

Beliau muncul pemenang tempat kedua dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia Ke-58 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, dari 22 hingga 28 September.

Di samping itu, beliau meraih gelaran juara kategori bantamweight (65kg) dalam Kejohanan Bina Badan Mr. Malaysia 2026 yang berlangsung di Alor Setar, Kedah, dari 1 hingga 5 Oktober.

Kejayaan itu sekali gus meletakkan kredibiliti Joseph dalam kelas tersendiri.

“Cukup gembira dengan kejayaan yang diperoleh daripada dua kejohanan terbabit,” ujar Joseph ketika mengulas mengenai perkara itu.

Beliau sebelum itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Majlis Sukan PDRM (MSPDRM) kerana memberikan kepercayaannya selama ini.

“Tidak lupa juga kepada Persatuan Bina Badan Malaysia (MBBF) serta Presiden MBBF, Abdul Karim Abdullah, serta Setiausaha Kehormat MBBF, Anuar Mamat, yang telah banyak memberikan dorongan serta peluang kepada saya untuk mewakili negara,” tambah beliau.

Walau apa pun, kata Joseph, kejayaan yang diperoleh beliau ketika ini menjadi pencetus semangat untuk lebih fokus mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Bina Badan Dunia (Mr. World) 2026 yang akan berlangsung di Vientiane, Laos, pada bulan Disember depan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium