ARTIKEL

Josh Tayar Motor Aku Pancit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NASRUL BK

“JOSH, tayar motor aku pancit”. Itu ayat pertama terkeluar daripada anak tekak apabila panggilan telefon aku diangkat Joseph Martin Pudun. Josh, nama timangan di dalam kelas kami seramai 40 orang. Josh berasal daripada Ba’kelalan Sarawak, kelas kami sangat meriah kerana semuanya datang dari seluruh negara dari negeri yang berbeza, dari Perlis sampailah ke Sabah berkumpul di dalam kelas selama 2 tahun. UiTM Shah Alam menyatukan kami.

Peristiwa berlaku 25 tahun yang lepas di tepi Perpustakaan Tun Abdul Razak di UiTM Shah Alam, masih kuat terbayang dalam memori,

Entah apa yang menghasut fikiran aku  bangun awal pagi pada hari itu dan bersetuju dengan kekasih hati untuk ulangkaji pelajaran di perpustakaan. Perkara yang memang jarang aku lakukan semenjak belajar di UiTM Shah Alam.

“Motor awak pancit, kedai motor tak buka lagi baru jam 7.30 pagi, apa awak nak buat?”, tanya Noora kekasihku. Aku jawab, “ Takpe budak rumah sewa saya ramai nanti saya minta bantuan  mereka,” balasku. Tapi disebabkan masih pagi, tambahan hujung minggu. Seorangpun tidak mengangkat panggilan telefon.

“Habis macam mana ni?,” Noora nampak kecewa kerana tidak tahu hendak minta bantuan siapa. Buntu juga ketika itu. “ Tak apa awak pergi perpustakaan dulu, saya cuba minta bantuan rakan yang lain.” balasku cuba menenangkan keadaan.

Tiba-tiba teringat Josh rakan sekelasku, kebetulan kami memiliki motor jenis yang sama, Kawasaki K1. Aku buat panggilan telefon, Josh terus jawab. “ kenapa kau Tan, pagi-pagi dah telefon”.

Setelah menceritakan keadaan motosikal yang pancit. “ Kau tunggu aku sampai.” Sepantas kilat, tak sampai 15 minit Josh sampai. Aku lihat dia macam “ superhero” yang datang menyelamat.

Bukan setakat datang menyelamat malahan bagi pinjamkan duit untuk bayarkan tukar tiub tayar  motosikalku. Itulah dalam kehidupan kita tidak tahu kawan yang mana akan bantu kita waktu kesusahan. Seramai 13 orang rakan serumahku semuanya orang semenanjung , Josh rakan sekelas dari Sarawak  yang sanggup bangun pagi datang membantu. Sungguh murni dan ikhlas orangnya sahabatku ini.

Kami di kelas sangat harmoni dan bersatu padu tiada istilah kenegerian atau wilayah, yang kami tahu kami semua anak Malaysia.

15 tahun lepas aku ke Kuching, Josh menyambut aku di sana. Bawa aku makan di medan ikan bakar yang terkenal di Kuching, sebelum kami berpisah, Josh hadiahkan aku sekampit Beras Bario. “ Tan (nama timangan aku)  barang lain sudah biasa jadi cenderamata di Sarawak macam ikan terubuk masin, hasil seni dan lain-lain, tapi aku hadiahkan kau Beras Bario  sebagai  tanda persahabatan kita, padi bukit yang di tanam di tempat yang tinggi ”, kata Josh kepadaku. Aku merasa terharu dengan layanan Josh. Kami berpelukan sebelum aku pulang ke Semenanjung keesokkan harinya. Aku sayang kau Josh seperti mana aku sayang negara kita Malaysia.

Tamat.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU