ARTIKEL

JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA TERENGGANU: Program MyLesen B2 dikembang dan difokuskan kepada golongan pelajar institut pengajian tinggi (IPT), kolej awam dan sekolah yang kurang berkemampuan pada tahun hadapan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya sedang memperinci beberapa perkara termasuk mengenal pasti IPT terlibat dan agihan kuota mengikut negeri.

”Saya sudah mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk kerjasama dan pendekatan baru iaitu MyLesen B2 akan dikembangkan ke institusi ini.

“Ia akan beri manfaat kepada pelajar kurang berkemampuan. Kita sedang memperincikan bagaimana agihan kuota dan bilangan (penerima) bagi setiap negeri untuk pelaksanaan program ini,” katanya selepas program MyLesen B2 Peringkat Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, hari ini.

Sementara itu, Aedy Fadly berkata JPJ mengeluarkan 37,708 saman melalui Ops Khas Motosikal bermula 1 Nov lepas di seluruh negara.

Beliau berkata saman tersebut dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 136,068 motosikal sepanjang tempoh 13 hari operasi berkenaan.

“Selain notis saman, JPJ juga menyita 1,014 buah motosikal yang didapati tidak memiliki insurans, cukai jalan dan melakukan pengubahsuaian ekstrem.

“Kita akan teruskan operasi ini secara berterusan hingga akhir Disember ini untuk mendidik pengguna motosikal tentang undang-undang jalan raya demi keselamatan mereka serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan