ARTIKEL

Ops Hari Raya Aidiladha 2026 bermula hari ini di Jalan Kuching-Serian. – Gambar JPJ Sarawak

JPJ Sarawak lancar Ops Aidiladha dan Gawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melaksanakan Ops Hari Raya Aidiladha 2026 bermula hari ini sehingga 31 Mei. Seterusnya, Ops Gawai Dayak 2026 akan dijalankan dari 1 hingga 6 Jun di seluruh negeri bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan dan cuti sekolah.

Menurut JPJ Sarawak dalam perkongsian di Facebook, operasi khas ini dilaksanakan susulan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, terutamanya melibatkan pergerakan orang ramai pulang ke kampung halaman dan destinasi percutian.

JPJ Sarawak akan mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan serta di laluan utama seluruh Sarawak.

Pihaknya turut menyeru semua pengguna jalan raya agar mengamalkan sikap bertanggungjawab dan berhemah ketika memandu demi keselamatan semua.

“Pemanduan berhemah bukan sahaja menyelamatkan nyawa, malah memastikan semua dapat pergi dan balik dengan selamat sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU