ARTIKEL

SEGAR...Aminuddin (tengah) meninjau salah sebuah pasar sayur di medan niaga Satok setelah merasmikan program Jualan Agro Madani di medan niaga Satok

Jualan Agro Madani di Sarawak cecah RM5 juta sepanjang 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencatat sebanyak RM5.059 juta nilai jualan Agro Madani iaitu penjenamaan semula program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) dalam tempoh Januari hingga Disember, tahun lalu.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Aminuddin Zulkipli berkata, pencapaian tersebut hasil program jualan Agro Madani yang diadakan di 353 lokasi seluruh Sarawak dengan membabitkan seramai 7,889 usahawan tempatan.

“Bagi Sarawak, pencapaian jualan Agro Madani tahun lepas mencatat nilai jualan RM5.059 juta.

“Ia merupakan hasil program diadakan di 353 lokasi di seluruh bahagian di Sarawak dengan melibatkan 7,889 usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan pelancaran jualan Agro Madani Sarawak di Medan Niaga Satok, di sini, hari ini.

Bagi perolehan jualan Agro Madani negara, beliau mendedahkan negara mencatat nilai jualan RM90.8 juta setelah diadakan di 5,271 lokasi seluruh negara dengan melibatkan seramai 73,508 usahawan pada tempoh sama.

Jelas beliau, program terbabit berhasil mencatat nilai penjimatan sebanyak RM27.2 juta kepada 10.5 juta isi rumah.

Hal ini katanya, membuktikan jualan Agro Madani mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan M40.

RASMI…Aminuddin (dua kiri) melakukan simbolik perasmian Program Jualan Agro Madani peringkat negeri di pekarangan medan niaga Satok

BERITA LAIN

BERITA TERBARU