ARTIKEL

Iskandar memotong reben sebagai simbolik perasmian Program Jualan Rahmah Madani Bergerak Parlimen Bintulu bagi DUN Jepak di kawasan parkir kenderaan Arena Petanque Jepak pada Khamis.

Jualan Rahmah Madani ringankan beban kos sara hidup penduduk Jepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Program Jualan Rahmah Madani Bergerak anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dilihat sebagai antara inisiatif berkesan dalam membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup dengan menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan, meskipun berdepan cabaran kos operasi termasuk kenaikan harga diesel.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata, pelaksanaan program berkenaan secara berjadual di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak tiga kali sebulan secara penggiliran telah memberikan manfaat besar kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, pendekatan tersebut membolehkan lebih ramai penduduk setempat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga mampu milik, sekali gus membantu mengurangkan beban perbelanjaan isi rumah.

“Program ini jelas menepati konsep Rahmah dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Walaupun berdepan pelbagai cabaran kos, ia masih dapat diteruskan dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Iskandar berkata demikian ketika ditemui pada Program Jualan Rahmah Madani Bergerak Parlimen Bintulu bagi DUN Jepak di kawasan parkir kenderaan Arena Petanque Jepak pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik pelaksanaan Skim Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang disifatkan sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar.

Jelas Iskandar lagi, gabungan inisiatif di peringkat Persekutuan dan negeri menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup secara menyeluruh dan berfokus.

“Pendekatan ini bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan isi rumah, malah membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri atas kesinambungan pelaksanaan program berkenaan yang terus memberi manfaat kepada rakyat di seluruh kawasan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU